Pelan Strategik ICT DBKL 2021-2025 merupakan pelan pelaksanaan teknologi untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Sejahtera menjelang tahun 2030. Pelan ini mengetengahkan empat (4) tema iaitu menyokong penggunaan teknologi baru untuk pemodenan, memperkemaskan penyampaian perkhidmatan secara digital, memacu DBKL kearah data-driven dan memperkasakan tadbir urus ICT.
Selaras dengan isu dan cabaran yang dihadapi oleh DBKL sebagai ibu negara Malaysia, sebanyak lima (5) teras telah digariskan dengan sembilan (9) strategi dan tiga puluh enam (36) inisiatif pelaksanaan sepanjang tempoh lima tahun ini.
Sila klik dibawah untuk muat turun dokumen tersebut.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)