(Terakhir dikemaskini pada: 12 Mac 2025)
Datuk Bandar Kuala Lumpur komited untuk melindungi Data Peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Notis ini menjelaskan bagaimana Datuk Bandar Kuala Lumpur memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.
Kami mengumpul data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang membezakan atau mengenal pasti anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, jantina, nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor telefon, alamat IP, nombor pendaftaran kenderaan, imej (gambar/rakaman, gambar kenderaan dan lain-lain), maklumat pekerjaan dan kewangan, data peribadi anggota keluarga, waris, keadaan kesihatan fizikal, kepercayaan agama dan penyuaraan pendapat.
Kami mendapatkan data peribadi anda daripada:
Borang pendaftaran pengguna baru di semua aplikasi online
Borang permohonan/ pembayaran perkhidmatan DBKL
Kami mengumpul data peribadi anda untuk:
Memproses permohonan perkhidmatan kami
Menghantar produk/perkhidmatan kami kepada lokasi pilihan anda
Menyelesaikan aduan / masalah yang berkaitan (jika berlaku)
Menghantar pemakluman perkhidmatan kami
Berkongsi maklumat dengan Agensi Kerajaan yang lain
Aktiviti audit, penilaian risiko, tinjauan, penyelidikan berhubung polisi yang dikeluarkan oleh DBKL dan pelepasan kewajipan kawal selia/perundangan;
Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia.
Kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada:
Pihak ketiga yang dilantik oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi melaksanakan kerja bagi pihak Datuk Bandar.
Pihak berkuasa untuk tujuan perundangan.
Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi data peribadi anda:
Memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta 709
Memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
Mempunyai kontrak perlindungan data peribadi dengan pihak ketiga yang dilantik oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain bagi mengelakkan risiko pencerobohan terhadap data peribadi anda.
Semua Data Peribadi yang diperolehi dari anda akan disimpan selagi mana diperlukan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur akan mengambil tindakan munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda akan dimusnahkan atau dihapuskan secara kekal, jika ia tidak lagi diperlukan.
Anda berhak untuk:
Membetulkan / mengemaskini data peribadi anda
Mengakses data peribadi anda yang kami simpan
Anda mempunyai pilihan untuk menyediakan Data Peribadi anda kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, namun keengganan anda mungkin menghalang Datuk Bandar Kuala Lumpur daripada menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan.
Anda boleh hubungi kami berkaitan data peribadi anda melalui:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
No Tel : 0326179000
No Faks : 0326980460
Email: dbkl@dbkl.gov.my
Setelah menerima permintaan bertulis anda, Datuk Bandar Kuala Lumpur mungkin memerlukan pengesahan identiti anda sebelum meneruskan untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memenuhi permintaan anda.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)