Default Banner

Majlis Pemakaian Kalung Datuk Bandar

Utama / Keratan Akhbar / Majlis Pemakaian Kalung Datuk Bandar

August 27th, 2024 by

Pada hari ini telah diadakan Majlis Pemakaian Kalung Datuk Bandar Kuala Lumpur ke -15 bertempat di Ruang Legar Bilik Lembaga Tingkat 29 Menara DBKL 1.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dr. Zaliha binti Mustafa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di mana beliau telah menyarungkan kalung tersebut kepada YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif Datuk Bandar Kuala Lumpur ke -15.

Pemakaian kalung kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan sebagai tradisi penerimaan tugas selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur. Kalung yang telah dipakaikan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan kalung yang telah diterima oleh DBKL pada tahun 1972 seberat 624 gram dan bertatahkan 13 butir belian. Kalung ini dipakai buat pertama kalinya oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Kedua.

Selain itu beliau juga turut menerima Keris Datuk Bandar oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang merupakan simbolik penyerahan amanah yang bakal dijalankan oleh ketua pentadbir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif telah memulakan tugasnya sebagai Datuk Bandar ke – 15 pada 15 Ogos 2024 bagi menggantikan YBhg. Datuk Seri PMgr Sr Haji Kamarulzaman bin Mat Salleh Datuk Bandar ke – 14.

Turur hadir dalam majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Halim Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.


Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

dbkl@dbkl.gov.my

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

21/06/2025

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)