Jabatan Penguatkuasaan
15 September 1969 – Skuad Pemusnah (Demolition Squad) telah ditubuhkan yang dianggotai seramai 1 orang pegawai berpangkat Inspektor dan 8 orang anggota. Skuad ini ditugaskan untuk meroboh setinggan-setinggan yang didirikan di atas tanah kerajaan di Kuala Lumpur.
1970 – Suruhanjaya Ibukota telah melantik seramai 48 orang bekas anggota Polis dan Tentera sebagai Pasukan Penguatkuasa Ibukota. Tugas dan tanggungjawab pasukan ini adalah mengawal pertumbuhan setinggan baru dan aktiviti penjaja tanpa lesen di sekitar ibukota.
1974 – Seiring dengan pengisytiharan naik taraf Kuala Lumpur sebagai bandaraya, Pasukan Penguatkuasa telah di isytiharkan sebagai Pasukan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Jabatan Urustia. Pasukan ini ditempatkan di Jalan San Peng.
1975 – Atas nasihat Bank Dunia (World Bank), Unit Trafik Warden telah ditubuhkan yang dianggotai seramai 40 orang untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Ordinan Lalulintas Jalan 1958 yang melibatkan kesalahan lalulintas statik dan bergerak.
1976 – Unit Trafik Warden diletakkan dibawah Jabatan Pengurusan Lalulintas.
1978 – Unit Penguatkuasa Perumahan ditubuhkan dengan kekuatan 100 orang anggota dan diletakkan di bawah Kementerian Wilayan Perseketuan dengan dikawal selia oleh Unit Penyelarasan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Unit ini bertanggungjawab melaksanakan tindakan keatas setinggan-setinggan.
31 Disember 1981 – Unit Trafik Warden dibubarkan.
1 Januari 1982 – Unit Penguatkuasa Khas yeng terdiri daripada bekas Trafik Warden ditubuhkan untuk menguatkuasakan Undang-undang berhubung kesalahan halangan dan kekotoran ditempat awam dan jalan awam. Unt ini di letakkan di bawah Urustia Bandaraya.
2 Ogos 1982 – Pengambilan Anggota Penguatkuasa Wanita Pertama : Seramai 39 Orang wanita telah dilantik, 19 orang ditugaskan di unit Penguatkuasa Khas sementara 20 orang lagi ditugaskan di Unit Kawalan Penjaja dan Keselamatan.
15 Julai 1983 Unit Penguatkuasa Perumahan, Unit Penguatkuasa Penjaja dan Unit Penguatkuasa Khas telah digabungkan menjadi satu jabatan yang dikenali sebagai Direktorat Penguatkuasaan.
14 Februari 1985 – Pasukan Pancaragam telah ditubuhkan.
1 Februari 1989 – Unit Berkuda telah ditubuhkan.
1 Februari 1992 – Skuad Penyelamat telah ditubuhkan.
15 Mei 2006 – Nama Direktorat Penguatkuasan telah ditukar kepada Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasan.
1 Julai 2011 – Seiring dengan pengstukturan semula organisasi DBKL, nama Jabatan Keselamatan Dan Penguatkuasaan telah ditukarkan kepada Jabatan Penguatkuasaan.
9 Oktober 2013 – Unit Berbasikal ditubuhkan.
Pertanyaan ?
03-4010 6000
Fax
03-4010 6470
Emel Kami
jpk[at]dbkl[dot]gov[dot]myAlamat
17 Menara Penguatkuasa, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.
Pertanyaan ?
03-4010 6000
Fax
03-4010 6470
Emel Kami
jpk[at]dbkl[dot]gov[dot]myAlamat
17 Menara Penguatkuasa, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.
Kearah menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandaraya bertaraf dunia melalui penguatkuasaan undang-undang
Merancang, menyelaras dan menguatkuasakan undang-undang secara berhemah, berkesan dan berterusan.
Menyelaras dan menggerakkan pegawai dan kakitangan sebagai tenaga kerja yang beretika, berintergriti, berakauntabiliti, berkualiti dan memberikan perkhidmatan yang efisyen, mapan dan berkesan.
Memastikan dasar-dasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dicapai sepenuhnya melalui tindakan penguatkuasaan.
Memacu masyarakat Kuala Lumpur supaya bersikap lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik terhadap kualitI alam sekitar, keselamatan, keselesaan dan keharmonian.
Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan lebih berintegriti melalui tindakanpenguatkuasaan sejajar dengan MISI Jabatan.
Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil
Memastikan orang awam, peniaga, dan pemilik premis mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan,
Contoh undang-undang kecil: lesen perniagaan, larangan iklan haram, larangan parkir haram, dan sebagainya.
Tindakan Penguatkuasaan
Mengeluarkan Notis kompaun terhadap individu atau pihak yang melakukan kesalahan dengan melanggar peraturan yang ditetapkan.
Menyita barangan atau pindah halangan terhadap individu atau premis yang tidak mematuhi peraturan.
Menjalankan operasi bersepadu bersama agensi lain (contoh: PDRM, JPJ, Imigresen).
Rondaan dan Pemantauan Kawasan
Membuat rutin rondaan dan pemantauan di kawasan-kawasan tumpuan awam, kawasan perniagaan, dan tempat strategik untuk memastikan tiada aktiviti haram atau pelanggaran peraturan dijalankan.
Operasi Khas
Operasi bersepadu ke atas penjaja tanpa lesen, penempatan iklan haram, pemilik kenderaan yang meletak kenderaan secara sembarangan, dan lain-lain.
Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan-kesalahan lalulintas, tempat letak kereta elektronik, penjaga kereta tanpa kebenaran, ingkar menggunakan jejantas dan halangan/pelanggaran isyarat lalu lintas
Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan kekotoran di tempat awam, jalan awam, tapak pembinaan dan Kawasan Perumahan Awam DBKL
Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan halangan di tempat awam dan jalan awam
Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan aktiviti penjajaan iaitu penjaja berlesen, penjaja tanpa lessen, penjaja warga asing dan pembinaan struktur perniagaan tanpa kebenaran
Mengambil tidakan penguatkuasaan fizikal ke atas kesalahan iklan tanpa kebenaran, premis tidak berlesen, aktiviti tidak berlesen dan melanggar isyarat
Mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan vandalisme dan iklan tanpa kebenaran di tempat awam
Mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan vandalisme di taman-taman awam, Dataran Merdeka dan perumahan awam DBKL
Mengambil tindakan penguatkuasaan fizikal terhadap kesalahan perancangan dan pelanggaran syarat kelulusan perintah pembangunan
Mengambil tindakan penguatkuasaan fizikal terhadap kesalahan kacau ganggu pembinaan terhadap orang awam dan kerja-kerja lebih masa
Menyediakan bantuan menyelamat semasa bencana dan bertindak sebagai secretariat kepada bilik gerakan bantuan bencana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menyediakan kawalan keselamatan fizikal terhadap harta benda Datuk Bandar Kuala Lumpur
# | Nama | Jawatan | No Telefon | Email [at]dbkl[dot]gov[dot]my | Sektor | Bahagian | Unit | Alamat |
1 | Mohd Muzammer Bin Jamaluddin | Pengarah | 03-4010 6001 | muzammer | - | Penguatkuasaan | - | - |
2 | PPj Mohd Hisham bin Hj. Izhar | Pegawai Penguatkuasa KP13 | 03-4010 6168 | mohdhisham | - | Penguatkuasaan | - | - |
3 | Bongsukhairi bin Hashim | Pegawai Perancang J13 | 03-4010 6142 | bongsukhairi | - | Penguatkuasaan | - | - |
4 | KPs Mohd Hariyadi bin Mohd Nor | Pegawai Penguatkuasa KP12 | 03-4010 6194 | hariyadi | - | Penguatkuasaan | - | - |
5 | Md. Aznan Bin Md.Zainl | Pegawai Tadbir N12 | 03-4010 6120 | mdaznan | - | Penguatkuasaan | - | - |
6 | Hajara Binti Abdul Rahu | Pegawai Tadbir N12 | 03-4010 6072 | hajara | - | Penguatkuasaan | - | - |
7 | Ps(K)Md Herman bin Talib | Pegawai Penguatkuasa KP10 | 03-4010 6196 | herman | - | Penguatkuasaan | - | - |
8 | Ps(K) Ahmad Taufiq bin Safian | Pegawai Penguatkuasa KP10 | 03-4010 6170 | ahmadtaufiq | - | Penguatkuasaan | - | - |
9 | Ps (K) Noor Syaffieka binti Mohd Sharif | Pegawai Penguatkuasa KP10 | 03-4010 6128 | noorsyaffieka | - | Penguatkuasaan | - | - |
10 | Hanif bin Nordin | Pegawai Perancang Bandar dan Desa J10 | 03-4010 6142 | hanif | - | Penguatkuasaan | - | - |
11 | Azmi bin Mohd Saaid | Jurutera Kanan J10 | 03-4010 6144 | azmisaaid | - | Penguatkuasaan | - | - |
12 | Muhammad Amirul bin Khirudin | Pegawai Undang-undang L10 | 03-4010 6231 | amirul | - | Penguatkuasaan | - | - |
13 | Muhammad Hafiz bin Arif | Pegawai Tadbir N10 | 03-4010 6100 | hafiz | - | Penguatkuasaan | - | - |
14 | Alfian bin Mohd Noor Affindee | Pegawai Tadbir N10 | 03-4010 6023 | alfian | - | Penguatkuasaan | - | - |
15 | Ps Sabri bin Mohamad | Pegawai Penguatkuasa KP9 | 03-4010 6171 | sabri | - | Penguatkuasaan | - | - |
16 | Ps Mohammad Shahli Zaini bin Mohd Zulkepli | Pegawai Penguatkuasa KP9 | 03-4010 6197 | shahlizaini | - | Penguatkuasaan | - | - |
17 | Ps Muhammad Iskandar bin Nordin | Pegawai Penguatkuasa KP9 | 03-4010 6048 | iskandar | - | Penguatkuasaan | - | - |
18 | Ps Aizat bin Baharuddin | Pegawai Penguatkuasa KP9 | 03-4010 6047 | aizat | - | Penguatkuasaan | - | - |
19 | Ps Megat Noor Muhamad bin Hibban | Pegawai Penguatkuasa KP9 | 03-4010 6197 | megat | - | Penguatkuasaan | - | - |
20 | Ahmad Najmi Syafiq bin Rosdi | Pegawai Tadbir N9 | 03-4010 6073 | ahmadnajmi | - | Penguatkuasaan | - | - |
21 | PPs Muhammad Fadhli bin Baharin | Pegawai Penguatkuasa KP9 | 03-4010 6199 | fadhli | - | Penguatkuasaan | - | - |
22 | TPs Shaipul Anuar bin Shaharom | Penolong Pegawai Penguatkuasa KP7 | 03-4010 6103 | shaipulanuar | - | Penguatkuasaan | - | - |
23 | PPs Mohamad Hanif Bin Ibrahim | Penolong Pegawai Penguatkuasa KP6 | 03-4010 6046 | Hanif | - | Penguatkuasaan | - | - |
24 | PPs Nur Syuhada Nachar binti Aminsa @ Sattar | Penolong Pegawai Penguatkuasa KP6 | 03-4010 6025 | nursyuhada | - | Penguatkuasaan | - | - |
25 | Eliana binti Elias | Penolong Pegawai Undang-Undang L5 | 03-40106232 | eliana | - | Penguatkuasaan | - | - |
26 | KIP Mohd Zaim Bin Mohd Reduan | Penolong Pegawai Penguatkuasa KP5 | 03-4010 6226 | zaim | - | Penguatkuasaan | - | - |
27 | Shahrulanuar bin Ismail | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5 | 03-4010 6102 | shahrulanuar | - | Penguatkuasaan | - | - |
28 | Mohd Haffazah bin sulaiman | Penolong Pegawai Tadbir N5 | 03-4010 6110 | Haffazah | - | Penguatkuasaan | - | - |
29 | Mohamad Khuzairi bin Mohd Yusri | Penolong Pegawai Tadbir N5 | 03-4010 6074 | khuzairi | - | Penguatkuasaan | - | - |
Tajuk | Bahagian | Kemaskini Terakhir | Jumlah Muat Turun | Muat Turun |
Rayuan Kompaun | 03/06/2020 | 19 |
Tajuk | Bahagian | Kemaskini Terakhir | Jumlah Muat Turun | Muat Turun |
---|---|---|---|---|
Tiada kandungan |
Jabatan Penguatkuasaan
1. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Jabatan Penguatkuasaan sekiranya terdapat kenderaan melakukan kesalahan lalulintas?
Kenderaan boleh dikenakan tindakan notis kompaun atau boleh ditunda.
2. Apakah kesan sekiranya,notis kompaun gagal dijelaskan?
Sekiranya melebihi 14 hari,notis peringatan akan dikeluarkan dan jika gagal menjelaskan bayaran tindakan memfailkan kes ke Mahkamah Majisterit akan dibuat.
3. Apakah yang perlu dibuat sekiranya dikenakan notis kompaun lalulintas?
Sila buat pembayaran dalam masa 14 hari dimana-mana kaunter bayaran DBKL terdekat.
4. Apakan yang boleh dilakukan sekiranya tidak berpuas hati terhadap tindakan kompaun yang dikenakan?
Sila rujuk ke Unit Aduan Awam, Jabatan Penguatkuasaan di talian 03-4026 7200 atau call centre DBKL di talian 1 800 88 3255.
5. Di mana tempat yang perlu dirujuk sekiranya motosikal atau kenderaan ditunda oleh Jabatan Penguatkuasaan?
Sila rujuk di Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda (Kenderaan Ditunda), Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Lot 456 (Bersebelahan Perumahan Awam Sri Terengganu), Jalan Sentul, Sentul Selatan, 51000 Kuala Lumpur atau whatsapp ke 013-6663255.
6. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap panjaja atau peniaga kecil yang tiada lesen yang sah dari Datuk Bandar Kuala Lumpur?
Tindakan Kompaun dan Sita boleh diambil terhadap penjaja atau peniaga tersebut.
7. Sekiranya barang jualan penjaja atau peniaga disita di mana tempat barang tersebut disimpan dan tempat tuntutan?
Di Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda Jabatan Penguatkuasaan, Jalan Lombong, Cheras atau telefon 03- 9282 2554.
8. Adakah premis perniagaan boleh meletakkan barang-barang berhubung dengan trednya di kaki lima, siar kaki atau jalan?
Tidak boleh dan boleh dikenakan tindakan kompaun.
9. Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya didapati premis perniagaan meletakkan barang-barang di kaki lima, siar kaki atau bahu jalan?
Tindakan mengeluarkan Notis Kompaun dan memindahkan (Sita) barang-barang boleh dilakukan.
10. Di manakah barang-barang dialihkan atau disita disimpan?
Di Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda jabatan Penguatkuasaan, Jalan Lombong, Cheras.
11. Apakan bayaran yang dikenakan untuk menuntut barang-barang yang disita atau dialihkan?
Perlu membayar caj pengalihan/sitaan, caj simpanan serta bayaran kompaun.
12. Apakah yang perlu dilakukan apabila mendapat notis amaran/penglihatan atau roboh?
Membaca memahami arahan notis seterusnya memberhentikan aktiviti/kesalahan atau meroboh sendiri apa-apa struktur yang melanggar peraturan.
13. Apakah kesan sekiranya ingkar notis?
DBKL akan melaksanakan mengikut arahan dalam notis.
14. Bolehkah seseorang menuntut apa-apa bayaran pampasan sekiranya barang-barang dialih/disita atau struktur (setinggan) dirobohkan?
Tidak Layak.
15. Berapa lamakah tempoh yang diberi untuk mengambil kenderaan yang telah ditunda?
Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda.
16. Apakah kesan sekiranya kenderaan gagal dituntut dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda?
Kenderaan akan diwartakan atau perintah mahkamah akan dibuat seterusnya dilupuskan melalui lelongan awam atau cara lain yang sesuai.
17. Apakah perlu dilakukan sekiranya notis kompaun dikenakan kerana gagal membayar/pamer tiket letak kereta sedangkan meter kereta elektronik mengalami masalah teknikal/rosak?
Sila rujuk ke Unit Proses Saman di Tingkat 2, Blok A, Jabatan Penguatkuasaan, Jalan Tun Razak dan perlu mengisi borang aduan meter rosak. Semakan akan dibuat ke Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar untuk status meter dan pengadu perlu memberi no. siri / pengenalan meter elektronik.
18. Bolehkah kesalahan lalulintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah lalulintas Jalan 1959 dibuat rayuan?
Kesalahan-kesalahan tersebut tidak boleh dirayu dan kadar adalah seragam diantara DBKL, PDRM dan JPJ.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
03 2617 9000
03 2698 0460
dbkl@dbkl.gov.my
Hari Ini:
2517
Keseluruhan:
362203
Kemaskini Terakhir:
22/06/2025
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)