Taman Metropolitan Batu yang terletak di Utara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah merupakan taman yang menyediakan perkhidmatan rekreasi luar kepada wargakota Kuala Lumpur. Dengan berkeluasan seluas 280 ekar atau 113.3 hektar, taman ini mengambil kira ciri-ciri pembangunan dan kemudahan untuk pelbagai peringkat umur serta kemudahan untuk orang kelainan upaya ‘OKU’ seperti mengadakan kawasan rekreasi terbuka, kawasan permainan kanak-kanak, menyediakan pejabat pentadbiran dan penyelenggaraan, bangku taman, wakaf, tandas awam, siarkaki, jogging trek, alat senam riang dan tempat letak kereta.
Taman ini akan diwujudkan sebagai sebuah taman rekreasi yang berkonsepkan riadah kepada para pengunjung. Taman ini akan memberi tarikan dalam mengembangkan serta membangunkan fizikal dan mental pengunjung, sihat, penyayang, penuh imaginasi, berkeyakinan, mencabar dan berwawasan.
Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi (En. Fairuz di talian 011-28133769).
Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
03 2617 9000
03 2698 0460
dbkl@dbkl.gov.my
Hari Ini:
0
Keseluruhan:
0
Kemaskini Terakhir:
14/05/2025
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)